Monday, March 9, 2015

Pengenalan

Blog ini akan memaparkan pelbagai peristiwa, acara dan aktiviti yang dihadiri oleh pelajar PISMP Sejarah Ambilan Jun 2014 IPG Kampus Tawau.

Sebagai makluman, kami adalah kohort ketiga bagi pelajar PISMP dengan pengkhususan Sejarah Sekolah Rendah ambilan Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Kami seramai 16 orang dalam unit ini merupakan satu-satunya kohort ambilan Jun 2014 di IPG Kampus Tawau.


Persediaan Amali Membina Gelanggang Bola Baling (Sesi I)

2 Mac 2015, Isnin.


Unit PISMP Sejarah telah memulakan persediaan amali membina gelanggang bola baling bagi memenuhi objektif kursus Fizikal dan Kemahiran Asas Permainan pada 2 Mac yang lalu. Seramai 16 orang pelajar PISMP Sejarah turun padang untuk bekerjasama dalam membina gelanggang tersebut. Sesi amali bermula dari 4 petang sehingga ke 6 petang. Encik Bisshukri Matrop, selaku salah seorang dari dua pensyarah yang bertanggungjawab terhadap kursus ini turut turun padang untuk membuat pemantauan ke atas kami.

Tapak gelanggang bola baling telah ditetapkan iaitu di padang utama IPG Kampus Tawau yang terletak berhadapan dengan kolej kediaman pelajar.

Berikut merupakan antara gambar-gambar sepanjang aktiviti itu berlangsung :



Pelan tapak gelanggang dilakar terlebih dahulu di atas kertas mahjong sebagai panduan untuk membina tapak sebenar kelak.








Garisan tapak gelanggang ditanda terlebih dahulu dengan menggunakan cat semburan.











Encik Bisshukri memberikan tunjuk ajar dalam membina tapak gelanggang.








Persediaan amali tamat sekitar pukul 6 petang. Sesi menanda tapak menggunakan minyak hitam diteruskan pada sesi seterusnya.



Pelancaran Buku 'Tawau ; Sejarah dan Keunikannya'




Bertempat di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau, satu pelancaran bagi sebuah buku yang sangat berharga kepada masyarakat daerah Tawau telah berlangsung pada 31 Januari 2015. Unit PISMP Sejarah telah menghadiri majlis tersebut yang turut disertai oleh salah seorang pensyarah Jabatan Kajian Sosial iaitu Dr. Najamuddin Haji Bachora.

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat diambil pada hari tersebut :