Berikut merupakan antara lokasi yang telah dikunjungi oleh rombongan kami :
1. IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
2. Bandaraya Melaka
3. Perigi Hang Li Po
4. Perkampungan Portugis
5. Perigi Hang Tuah
6. Perkampungan Hang Tuah
7. IPG Kampus Bahasa Melayu
8. Dataran Merdeka
Lawatan ini mengambil masa selama 8 hari 7 malam (termasuk tempoh perjalanan). Sepanjang tempoh tersebut kesemua ahli rombongan amat berpuas hati dan menikmati setiap detik yang dilalui. Pelbagai pengalaman yang diperolehi serta objektif sebenar lawatan ini telah dapat dicapai hasil usaha dan kerjasama semua pihak. Sekalung penghargaan ditujukan kepada IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dan IPG Kampus Bahasa Melayu atas kesudian menyediakan lokasi penginapan buat semua ahli rombongan. Tahniah buat semua ahli rombongan serta tidak dilupakan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan projek lawatan ini.
Aktiviti pada hari pertama hanya diisi dengan perjalanan rombongan ke Semenanjung Malaysia (Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2) dan lokasi penginapan (IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka). Berikut merupakan gambar pada hari pertama :
Taklimat lawatan oleh ketua rombongan, Dr Najamuddin bin Haji Bachora
Ahli rombongan bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau, Tuan Haji Mohd Zain bin Badui
Ahli rombongan menunggu di Balai Berlepas Lapangan Terbang Tawau
Ketibaan ahli rombongan di KLIA 2
Ahli rombongan di dalam bas menuju ke lokasi penginapan
Ahli rombongan mendaftar masuk ke lokasi penginapan