Saturday, September 2, 2017

LAWATAN JEJAK WARISAN SEJARAH MALAYSIA (Bahagian 1)

Unit PISMP Sejarah Jun 2014 telah menyertai Lawatan Jejak Warisan Sejarah Malaysia yang bermula dari 26 Ogos 2015 hingga 2 September 2016. Lawatan ini adalah di bawah kendalian Dr Najamuddin bin Haji Bachora selaku pensyarah bagi kursus Pembelajaran Berasaskan Projek dalam Mata Pelajaran Sejarah (SJH3073). Dr Najamuddin bertindak sebagai ketua rombongan serta turut dibantu oleh Tuan Haji Azizan bin Saleh selaku mentor kami. Cik Naima binti Kadir iaitu Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKT turut serta sebagai pensyarah pengiring bagi lawatan ini.

Berikut merupakan antara lokasi yang telah dikunjungi oleh rombongan kami :
 1. IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
 2. Bandaraya Melaka
 3. Perigi Hang Li Po
 4. Perkampungan Portugis
 5. Perigi Hang Tuah
 6. Perkampungan Hang Tuah
 7. IPG Kampus Bahasa Melayu
 8. Dataran Merdeka

Lawatan ini mengambil masa selama 8 hari 7 malam (termasuk tempoh perjalanan). Sepanjang tempoh tersebut kesemua ahli rombongan amat berpuas hati dan menikmati setiap detik yang dilalui. Pelbagai pengalaman yang diperolehi serta objektif sebenar lawatan ini telah dapat dicapai hasil usaha dan kerjasama semua pihak. Sekalung penghargaan ditujukan kepada IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dan IPG Kampus Bahasa Melayu atas kesudian menyediakan lokasi penginapan buat semua ahli rombongan. Tahniah buat semua ahli rombongan serta tidak dilupakan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan projek lawatan ini.

Aktiviti pada hari pertama hanya diisi dengan perjalanan rombongan ke Semenanjung Malaysia (Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2) dan lokasi penginapan (IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka). Berikut merupakan gambar pada hari pertama :


Taklimat lawatan oleh ketua rombongan, Dr Najamuddin bin Haji Bachora


Ahli rombongan bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau, Tuan Haji Mohd Zain bin Badui


Ahli rombongan menunggu di Balai Berlepas Lapangan Terbang Tawau



Ketibaan ahli rombongan di KLIA 2




Ahli rombongan di dalam bas menuju ke lokasi penginapan




Ahli rombongan mendaftar masuk ke lokasi penginapan





 





Monday, March 9, 2015

Pengenalan

Blog ini akan memaparkan pelbagai peristiwa, acara dan aktiviti yang dihadiri oleh pelajar PISMP Sejarah Ambilan Jun 2014 IPG Kampus Tawau.

Sebagai makluman, kami adalah kohort ketiga bagi pelajar PISMP dengan pengkhususan Sejarah Sekolah Rendah ambilan Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Kami seramai 16 orang dalam unit ini merupakan satu-satunya kohort ambilan Jun 2014 di IPG Kampus Tawau.


Persediaan Amali Membina Gelanggang Bola Baling (Sesi I)

2 Mac 2015, Isnin.


Unit PISMP Sejarah telah memulakan persediaan amali membina gelanggang bola baling bagi memenuhi objektif kursus Fizikal dan Kemahiran Asas Permainan pada 2 Mac yang lalu. Seramai 16 orang pelajar PISMP Sejarah turun padang untuk bekerjasama dalam membina gelanggang tersebut. Sesi amali bermula dari 4 petang sehingga ke 6 petang. Encik Bisshukri Matrop, selaku salah seorang dari dua pensyarah yang bertanggungjawab terhadap kursus ini turut turun padang untuk membuat pemantauan ke atas kami.

Tapak gelanggang bola baling telah ditetapkan iaitu di padang utama IPG Kampus Tawau yang terletak berhadapan dengan kolej kediaman pelajar.

Berikut merupakan antara gambar-gambar sepanjang aktiviti itu berlangsung :



Pelan tapak gelanggang dilakar terlebih dahulu di atas kertas mahjong sebagai panduan untuk membina tapak sebenar kelak.








Garisan tapak gelanggang ditanda terlebih dahulu dengan menggunakan cat semburan.











Encik Bisshukri memberikan tunjuk ajar dalam membina tapak gelanggang.








Persediaan amali tamat sekitar pukul 6 petang. Sesi menanda tapak menggunakan minyak hitam diteruskan pada sesi seterusnya.



Pelancaran Buku 'Tawau ; Sejarah dan Keunikannya'




Bertempat di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau, satu pelancaran bagi sebuah buku yang sangat berharga kepada masyarakat daerah Tawau telah berlangsung pada 31 Januari 2015. Unit PISMP Sejarah telah menghadiri majlis tersebut yang turut disertai oleh salah seorang pensyarah Jabatan Kajian Sosial iaitu Dr. Najamuddin Haji Bachora.

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat diambil pada hari tersebut :