Unit PISMP Sejarah telah memulakan persediaan amali membina gelanggang bola baling bagi memenuhi objektif kursus Fizikal dan Kemahiran Asas Permainan pada 2 Mac yang lalu. Seramai 16 orang pelajar PISMP Sejarah turun padang untuk bekerjasama dalam membina gelanggang tersebut. Sesi amali bermula dari 4 petang sehingga ke 6 petang. Encik Bisshukri Matrop, selaku salah seorang dari dua pensyarah yang bertanggungjawab terhadap kursus ini turut turun padang untuk membuat pemantauan ke atas kami.
Tapak gelanggang bola baling telah ditetapkan iaitu di padang utama IPG Kampus Tawau yang terletak berhadapan dengan kolej kediaman pelajar.
Berikut merupakan antara gambar-gambar sepanjang aktiviti itu berlangsung :
Pelan tapak gelanggang dilakar terlebih dahulu di atas kertas mahjong sebagai panduan untuk membina tapak sebenar kelak.
Garisan tapak gelanggang ditanda terlebih dahulu dengan menggunakan cat semburan.
Encik Bisshukri memberikan tunjuk ajar dalam membina tapak gelanggang.
Persediaan amali tamat sekitar pukul 6 petang. Sesi menanda tapak menggunakan minyak hitam diteruskan pada sesi seterusnya.
No comments:
Post a Comment